Thursday 4 November 2021

Kampung di Tanjung Karang Selangor

Tanjung Karang adalah salah satu mukim dalam daerah Kuala Selangor yang terbahagi kepada 2 bahagian  di sebelah Sungai Tengi Kanan dan Sungai Tengi Kiri.


Di antara kampung kampung yang terdapat dalam Mukim Tanjung Karang adalah seperti

Kampung Bagan Pasir

Kampung Sawah Sempadan

Kampung  Kg. Seri Tiram Jaya

Kampung Kunci Air Buang

Kampung Sungai Tengi Kanan

Kampung Sungai Tengi Kanan

Kampung Sungai Sireh hingga ke Kampung Parit 4 Sungai Burung.

Sunday 30 June 2019

Kemudahan di homestay Tanjung Karang Kuala Selangor

Sri Manik Homestay terletak di Pekan Tanjung Karang kira kira 15-20 minit dari bandar Kuala Selangor. Merupakan pekan kecil yang terdapat tarikan utama tersendiri iaitu tanaman padi,tempat memancing yang menarik di sekitar sawah padi atau tepi laut.

homestay-di-kuala-selangor

homestay-kuala-selangor

kelip-kelip-kuala-selangor

homestay-tanjung-karang-malaysia

sweetdate-homestay-tanjung-karang

homestay-di-daerah-kuala-selangor

homestay-di-daerah-kuala-selangor


homestay-di-daerah-kuala-selangor

homestay-di-daerah-kuala-selangor

homestay-di-daerah-kuala-selangor



homestay-di-daerah-kuala-selangor

homestay-di-daerah-kuala-selangor

homestay-di-kampung

homestay-di-kampung

sky mirror-kuala-selangor

Thursday 29 March 2018

Homestay Corner Lot Dua Tingkat di Pekan Tanjung Karang Selangor



Asalamualaikum,

 Tanjung Karang dan Sekinchan di Selangor adalah sebuah tempat di Selangor yang terkenal dengan pertanian terutamanya kawasan penanaman padi.

Kawasan penanaman padi di kawasan menjadi kawasan yang menarik perhatian pelancong dan pengunjung di kawasan ini.

homestay-tanjung-karang
Homestay di Tanjung Karang Selangor -Sri Manik Homestay & BBQ





Jika anda mahu mencari homestay atau rumah rehat di kawasan berhampiran Tanjung Karang dan Sekinchan boleh hubungi kami

LOCATION
https://g.page/homestaytanjungkarang?share 

Sunday 22 October 2017

Tempat tempat menjamu selera di daerah Kuala Selangor

Semakin ramai pengunjung luar melancong dan bercuti di daerah Kuala Selangor ini. Salah satu aktiviti yang wajib adalah makan dan minum. 

Sekarang ni nak makan dan minum pun orang cari maklumat di google atau Facebook. Jadi blog homestay Tanjung Karang mengumpulkan maklumat berkaitan tempat makan dan minum ini untuk  memudahkan carian anda.

Anda boleh tinjau tinjau kedai makan di FB Page Jom Makan di Kuala Selangor. Kebanyakan orang kata kawasan ini susah nak cari kedai makan. Sebenarnya banyak kedai makan yang best cuma tersorok di belah belah dalam. Sebab itu hanya nampak kedai makan mamak sahaja.


-----------------------------------------------------

Sarapan Pagi

Rabitah Catering yang terletak di Jalan Teluk Piah Kanan berhadapan Station minyak Caltex.mTempat yang selesa dan bersih ini menyajikan nasi campur masakan melayu dan jawa untuk sarapan dan makan tengahari. 

Mereka juga menyediakan roti canai yang lembut dan sedap untuk sarapan. Walaupun baru jam 8:30 pagi namun sudah ada lauk-lauk dan masakan tengahari yang telah tersedia untuk santapan semua. 

Restoran ni dibuka pada hari Isnin hingga Rabu dan cuti pada setiap hari Khamis.
Bagi yang tak pernah ke sini, kami alu kedatangan anda untuk menjamu selera. Boleh klik peta dibawah untuk ke sana terus:
Rabitah Catering
No 48, Jalan, Bukit Rotan, 45700 Bukit Rotan, Selangor
https://goo.gl/maps/VKZqCHhcTh62


1.Deretan Gerai Sebelah CIMB pilihan pelbagai kuih muih.

2.Auntie kopitiam(nasi lemak bungkus , roti bakar dan msakan baba nyonya)

3.Restoran Rahmaniyah (pekan lama,mamak,roti canai kuah dal dia memang lejen,ada nasi lemak bungkus juga,lebih 30 tahun meniaga di kuala selangor)

4.Restoran Hamzah(pekan lama saing2 rahmaniyah)

5.Warung Wak Menan(kg tgh asam jawa, menarik varieti nasi lemak bungkus byk dan kueh mueh serta roti canai).

6.Warung ibu( asam jawa ,jln besar asam jawa ijok , nasi lemak dan lain2)

7.Warung nasi lemak akak rock(sebelah petronas tjg karang ,nasi lemak dia mmg padu lauk2 dia pun sedap)

8.Restoran nasi kandar malawati( dulu org panggil restoren ollis dpn pusat zakat, roti canai dia sedap lps tu ada vadey putu mayam dan teh tarik wunekkk)

9.Medan selera sg buloh (warung suder , roti canai dia perghhh kene pulak roti sardin dia mmg tak kedekut bahan mmg sedap recommend utk cuba ada juga lauk2.)

10.Gerai Nasi Lemak Bawah Bukit Jeram  sebelah tmpt menembak( byk lauk dia mmg sedap , tmpt nak lpk2 pum best tak bising sgt.

11.Gerai Nasi Lemak Wan Chik (kg ujung permatang katakooo, membe review kata nasi lemak sotong, sardin dia lejen ....aduhhh handooo betul admin blh tak tahu tmpt lejen ni)

12.Gerai minum pagi depan masjid kg permatang ( sini special menu dia pagi2 ada ketupat ... memang menarik dan bestt admin bg 5 ha)

Lunch
1.Suairasa (dekat sebelah avon kuala sel,kira lebih 20 tahun niaga kat situ mmg best)

2.Pantimor (di pekan lama kuala selangor hok ore kawe2 nok make masakan pantai timur hok molek make kat sini)

3.Gerai asam pedas ikan sembilang( kt kunci air sg.sembilang jeram ,panas2 ooo asam podas disediakan ikan pun fresh byk pilihan)

4.Restoren Bagan(kat kaki bukit malawati, masakan gulai dia mmg padu dan nasi ayam dia pun boleh tahan disamping ikan bakar dan ayam bakar dia)

5.Restoren ibu nasi ambeng ( jalan besar tanjung karang, dikatakan nasi ambang dia mmg sedap dan lejen jawaaa betul)

6.Malawati steak house( dkt belakang Bank Rakyat, dikatakan chicken chop diaa mmg padu resepi dia mmg turun temurun org kuala slgor tahu la cite dia...dia niaga dr rest house atas bukit malawati dulu, masakan lain dia pun best juga)

7.Restoran Sangarama ( tepi jalan besar kuala bawah tmpt jln kaki,masakan minang tu membe punya kedai ramai org tgh hari)

8.Warung Pak Abu ( sebelah IADA , lauk pauk dia sedap ,jemput dtg restoran lama ni)

Kudap2 petang
1.Depan parking tesco mcm2 goreng2 ada jual

2.Cendol Borhan(jalan besar tanjung karang)

3.Warung Soto Pasir Penambang(jalan besar tjg karang soto lejen , pecal lejen sedapp ooo)

4.Warung Mee udang Banjir(jalan besar tjg karang)

5.Warung Soto (bukit kucing nama dia lupe la sapa tau sila komen)

6.warung soto sg serdang (ni mmg sedap ayam dia besar)

7.Kedai Air kelapa(dekt pasar pasir penambang , mmg sedap tekak tgh panas kene pula tu , air tebu pun fresh, dan yg paling best tgk live kaum wanita yg ptong kelapa tu dgn cara yang menarik laju dan padu)

8.Warung Mee Kari Rahman cowboy(Asam jawa, jalan besar kuala sgor - klang, mee kari dia berhantu org kata)

9.Kedai Uncle Dollah ( pekan lama dkt jeti lama)

10.Cendol Bakar drive thru (asam jawa)

11.Gerai Putu Piring dan kueh mueh ( di sebelah  petronas sg bulohh ni kira lejen jugak mmg lama pck ni niaga

12.Karipap gergasi ( berhampiran dewan asam jawa)

13.Gerai kueh mueh ( sg gulang2 ,mmg byk kueh dan sedap lak tu,gerai dia dkt tepi jalan besar area padang kg sg gulang2 dtg cpt2 pasal kueh dia cpt habis)

14.Warung Udang Galah (pasir penambang area blkg bgnunan baru dpn jpj pasir penambang , mmg baik nasi goreng ke mee ke maggi ke udang galah dia memang tak kedekut mmg terbaikk)

Dinner
1.Medan ikan bakar jeram(ni kedai paling lama utk ikan bakar ingt lebih 30 tahun lebih lagi,)

2.Aroma ikan bakar (sebelah kedai di atas je, sentiasa ramai org tak caya pergi tgk )

3.Raisudin Corner (di pekan lama ni bapa siti sarah..kedai nya makin besar dan sedap2 masakan dia ayoh marila rasa)

4.Satay hut tg.karang (sate dia besar bak angg)

5.Medan selera kuala selangor (byk pilihan makanan masakan panas2, try nasi goreng udang kertak, nasi goreng ikan pari dia perghhh mmg padu, kat situ ada gak chicken chop dan ayam penyet,ramai memang ramai)

6.Nasi lemak sasaran (lps turun jambatan sg buloh belah kiri).

7.Muara HNP ( sup isi ketam dia mmg sedap, pastu stimbot dia pun sedap, ni kira lejen restoren jugak)

8.Warung Bakso(jln besar kuala sgor - klang, bakso dia mmg sedap disamping satey minang dia perghhh )

9.Restoren Riverview( Pasir Penambang)

10.Thai seafood (barisan pizza hut kuala)

11.Bersatu Cafe(dekat bangunan UMNO

12.Kerang bakar (PANTAI REMIS)

13.Noah street Burger ( dkt area kompleks PKNS)

14.Lat Tali Lat Steambot and grill ( jeram, nak try ni tgk tmpt best)

15.Gerai UCU (Sg Gulang2, berhampiran bhp sg gulang2 , nasi goreng udang dia nasi goreng ayam dia memang baikk beb)

Eksotik
1.bole try rendang landak kt parit 9 sekinchan

2.Mentarang bakar faridah parit 7 sekinchan

Burger
1.Jeman burger bakar depan 7e

2.Burger depan restoren salsabeel

3.Burger dkt area tesco bnyk pilihan.

4.ROCK BURGER dpn speedmart sg buloh ni bukan jual burger je chiken chop,meat ball dan mcm2 lagi yg sgt enak dan sedap g try cpt2 pasal mmg sedap

So ini adalah tempat2 yang menarik di kuala selangor..byk lagi mgkn ada yg tertinggal kalau ada korng komen bg tahu nanti.sy update

Korang boleh la try mana yg korang suka pastu bg tahu kawan2 sedara mara yang jauh2 tu Dtg menikmati tempat makanan yang best di PEKAN KUALA SELANGOR

Bersama merancakkan pertumbuhan ekonomi Daerah kuala selangor , jom share2 pada grup2 dan kawan2 supaya tempat kita dikenali ramai dan seterusnya menjadi promosi pelancongan makanan yg terkenal di malaysia inshallah...

P/S : no 1 2 3 dan selanjutnya bukan la utk membanding2kan  diantara satu sama lain tetapi utk rujukan berapa banyak restoren dan warung2 yg terdapat di Daerah Kuala selangor

Sekian,


Credit: Nurhaidah Abdullah dan fb
https://www.facebook.com/kobe.asyraf

terima kasih brother!




Kredit to Jom Makan di Kuala Selangor FB Page

KLIK UNTUK KE FB JOM MAKAN DI KUALA SELANGOR











Sunday 7 May 2017

TEMPAT MENARIK DI TANJUNG KARANG DAN SEKINCHAN YANG PERLU ANDA LAWATI

Tanjung Karang dikenali sebagai salah sebuah kawasan penanaman padi yang terbesar di negeri Selangor.


homestay-tanjung-karang
Pemandangan waktu petang di Tanjung Karang sewaktu musim menuai.
Gambar dari relaksminda.com


Jelapang padi yang bermula dari Tanjung Karang sehingga ke Sungai Besar menjadi produk pelancongan yang sudah dikenali pelancong dari dalam dan luar negara. 

Selain padi, kawasan ini turut dikenali kerana membekalkan produk laut dan ikan ikan segar terutamanya ke Lembah Klang. 

Tidak hairanlah banyak restoran makanan laut Cina boleh didapati di Tanjung Karang dan Sekinchan. 

Jika bercadang ke Tanjung Karang untuk sebarang majlis atau apa apa sahaja aktiviti jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri saujana pemandangan padi. 


homestay-tanjung-karang-shaari
Ketika ini banyak produk pelancongan mulai diperkenalkan. Diantaranya di kawasan Sekinchan yang hanya mengambil masa perjalanan 15 minit dari Tanjung Karang ada banyak tarikan pelancongan. 
tempat-menarik-di-sekincan-tanjung-karang
SKC 3D Sekinchan

Diantaranya ialah Muzium padi, 3D Art , menunggang basikal di sepanjang kawasan tanaman padi yang menghijau.



homestay-tanjung-karang

Berbasikal di kawasan penanaman padi di Sekinchan adalah antara aktiviti yang menarik boleh dibuat apabila berkunjung ke Tanjung Karang

homestay-tanjung-karang


 Di Sekinchan, banyak kilang kilang padi dan kilang benih padi. Anda berpeluang untuk membeli beras di  kilang Padi PLS dan melawat muzium padi kilang mereka. 


homestay-tanjung-karang


Sekian dulu tempat menarik di Tanjung Karang dan Sekinchan Versi 1 ini. Artikel akan datang saya akan kongsikan beberapa tempat menarik lagi sekiranya korang berkunjung ke sini.

Sekiranya berminat untuk menyewa homestay hubungi kami;

wasap-homestaytanjungkarang
013-2274027 Yusri

Untuk mencari tempat makan menarik di kawasan ini boleh baca:

tempat makan menarik di daerah Kuala Selangor
Makanan Jawa di Tanjung Karang